‘Ikon Permotoran’ di sebalik tabir

 


Jika bercakap perihal MotoGP pada tahun ini, pasti kurang mendapat perhatian sesetengah peminat tempatan apabila tiada kelibat pelumba Malaysia di kejohanan berprestij tersebut pada musim ini. 

Namun disebalik ketiadaan pelumba negara, kita mempunyai pakar disebalik tabir berdarah Melayu yang kini menjadi sebahagian kru penting Pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP iaitu Habib Fuad atau lebih mesra di panggil Habib. 

Boleh dikatakan semua peminat permotoran negara sudah maklum bahawa Habib telah berkecimpung didalam dunia perlumbaan sejak sekian lama namun tahun ini ialah tahun pertamanya menjadi mekanik di kelas tertinggi dua roda iaitu MotoGP. Beliau bertanggungjawab menjaga kelengkapan perlumbaan dan jentera untuk Darryn Binder.

Melalui sesi bual bicara Isnin lalu bersama Dato’ Razlan Razali, beliau menceritakan satu cerita menarik tentang Habib dimana beliau berpendapat Habib begitu cekap dalam melaksanakan tugasnya sebagai mekanik professional, dimana kecekapan habib tersebut dapat mengatasi kebolehan mekanik yang lebih berpengalaman daripadanya di lapangan MotoGP.

Pada satu ketika, jentera MotoGP Franco Morbidelli mengalami masalah teknikal yang mana tiada seorang pun daripada mekanik MotoGP di SRT dapat mencari jalan penyelesaian, namun atas kecekapan beliau (Habib), beliau berjaya mencari punca masalah sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang singkat. Perlu diingatkan Habib ketika itu masih menjadi mekanik di kelas Moto2 sahaja.

Dato’ Razlan juga memaklumkan bahawa Habib seorang yang bekerja keras selama ini dan atas sebab ketekunan dan pengalaman beliau, beliau berjaya memahami teknikal sebuah jentera paling berkuasa tinggi tersebut sebelum diserap masuk menjadi Mekanik di kelas Perdana.

Semoga cerita ini dapat membuka mata rakyat Malaysia seterusnya dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa usaha itu tangga kejayaan.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #habib #RNF #MotoGP

Comments

Follow Us