Maverick mula yakin dengan RS-GP.


Bisa Maverick Vinales di Litar TT Assen tidak dapat disangkal lagi. Beliau dilihat amat menyukai litar bersifat 'fast-flow' seperti ini sementelah mencipta rekod peribadi dengan kejayaan menaiki podium 4 kali berturut-turut di sana.

Ketika bersama Pasukan Yamaha, Maverick yang memacu M1 telah menaiki podium sebanyak 3 kali manakala dengan RS-GP pula sekali. Walaupun baru sekali namun ia amat bermakna kerana perlumbaan lalu ialah perlumbaan pertamanya bersama Aprilia di Assen.

Mengulas perihal perbezaan antara kedua jentera itu, Top Gun tanpa ragu-ragu mengatakan M1 beraksi lebih baik jika dibandingkan dengan RS-GP. Beliau mengungkap kelebihan jentera Yamaha di situ ialah beliau tidak memerlukan jarak yang lebih panjang untuk membrek kerana M1 mudah dibawa ke arah apex sebelah dalam. 

Berlainan halnya dengan RS-GP kerana jenteranya ini mudah ditarik oleh 'centrifugal force' menyebabkan beliau mudah tersasar daripada 'racing lines' yang dikehendaki. Bagi mengatasinya, beliau mengenakan brek yang lebih kuat untuk tempoh yang lebih lama. Kesan seterusnya ialah tayar hadapan akan lebih cepat kehilangan cengkaman namun ia boleh diatasi apabila sistem penyerap hentak hadapan dilaraskan untuk elastik sebaiknya.

Tambahan, Maverick memuji kestabilan RS-GP apabila keluar selekoh. Baginya ia amat mengagumkan kerana ia cukup stabil walaupun sedang mengharungi pecutan yang sangat tinggi.

Comments

Follow Us