- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
MotoGP musim 2022 menyaksikan 5 pelumba rookies di kelas perdana iaitu Remy Gardner, Raul Fernandez, Marco Bezzecchi, Fabio Di Giannantonio dan Darryn Binder berentap untuk menjadi pelumba rookie terbaik. Setakat ini Marco mendahului carta rookie dengan kutipan 55 mata.
Selain Marco yang semakin cemerlang, percaturan KTM menempatkan 2 pelumba rookie di KTM Tech 3 kurang memberi impak walaupun Remy dan Raul adalah pelumba terbaik Moto2 musim lalu. Darryn yang terus naik dari Moto3 juga agak bergelut untuk tampil cemerlang namun semakin baik. Fabio pula agak kurang konsisten dalam pengumpulan mata bagi setiap perlumbaan.
Melihat pada pola perpindahan pelumba bagi menghadapi MotoGP musim 2023 serta ketiadaan Pasukan Suzuki Ecstar di arena MotoGP, kita bakal menyaksikan grid perlumbaan tanpa kehadiran pelumba rookie dari Moto2 atau kejohanan lain. Dengan erti kata lain, pasaran pelumba sedia ada di grid MotoGP sudah melebihi dari permintaan pasukan. Walaupun sebelum ini khabar angin perpindahan Ai Ogura serta Pedro Acosta ke MotoGP bertiup kencang, pasukan mereka sekarang memutuskan untuk terus mengekalkan mereka di grid Moto2 untuk semusim lagi.
MotoGP 2023 tanpa pelumba rookie? Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment