- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Hasrat peminat-peminat sukan permotoran negara untuk melihat anak tempatan berentap di pentas tertinggi dunia, MotoGP berkemungkinan besar akan tercapai pada tahun hadapan.
Sharifudin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok, dikhabarkan telah didatangi beberapa pasukan yang kini sedang bersaing di kategori Moto3. Zulfahmi mengulas lanjut akan hal tersebut memberitahu bahawa buat masa ini beliau tidak dapat mendedahkan nama-nama pasukan tersebut.
Selaku pengurus pelumba-pelumba negara, Zulfahmi mengatakan, kini beliau sedang berusaha sehabis baik bagi menempatkan Damok ke pentas dunia. Antara perkara yang sedang diperjuangkan sekarang ialah mendapatkan tajaan bagi merealisasikan hasrat itu.
Semoga urusan dipermudah dan keputusan positif dapat kita dengar tidak lama lagi.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment