Perjalanan kini lebih baik dan mampan.


Zulfahmi merupakan individu terpenting dalam membawa pelumba-pelumba pelapis tempatan ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau yang merupakan bekas pelumba MotoGP sememangnya tahu keadaan dan cabaran yang perlu ditempuhi bagi melayakkan diri ke arena berprestij tersebut.

Sebelum adanya program minigp, Zulfahmi dilihat agak sukar mendapatkan pelumba pelapis. Beliau berusaha sehabis baik mencari bakat-bakat baru dan seterusnya memberi tunjuk ajar bagi persiapan untuk bersaing di pentas asia dan eropah.

Zulfahmi mengatakan pada waktu itu beliau menghantar pelumba-pelumba muda negara walaupun dikira mereka belum sepenuhnya bersedia. Hadapi saingan ketika itu dikira hanya sebagai pendedahan buat para pelapis untuk menimba ilmu dan mendapat sebanyak mungkin pengalaman. 

Walaubagaimanapun Zulfahmi akui ia satu tindakan yang kurang tepat maka beliau kini berpandangan bahawa seseorang pelumba itu perlu betul-betul bersedia sebelum dihantar keluar negara. Oleh sebab itu Zulfahmi memberi fokus yang tinggi kepada program minigp tempatan supaya para pelapis berada pada tahap yang sepatutnya agar dapat mengikuti perlumbaan dengan jayanya.

Comments

Follow Us