Persembahan ketiga pelumba muda kita berada pada tahap yang baik.


Tahun ini pasti ramai yang setuju dengan kenyataan bahawa pelumba-pelumba pelapis negara mempunyai prestasi yang cukup baik. Pencapaian beberapa kali podium dan sering kelihatan bersaing hebat di barisan hadapan telah berjaya memukau banyak mata para peminat sukan permotoran kita.

Jika kita merasainya begitu maka ia turut sama dialami oleh para pengurus mereka, Zulfahmi Khairuddin. Beliau mengatakan yang dirinya kini gembira dengan prestasi semasa anak-anak didiknya itu. Kematangan dan berani berlawan antara perubahan ketara yang beliau lihat daripada persembahan 3 pelumbanya itu.

Menurut Zulfahmi, apa yang dialaminya sebelum ini, para pelumbanya sukar untuk mengutip mata daripada perlumbaan yang disertai apatah lagi podium namun kini untuk setakat berada dalam kelompok 15 teratas bukanlah menjadi satu sasaran lagi. 

Menambah lagi, Zulfahmi mengatakan ketiga-tiga pelumba tersebut sememangnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk bekerja dan bukannya berseronok. Disiplin mereka juga sungguh baik dan Zulfahmi berharap supaya momentum tersebut bertambah baik agar kemenangan dapat dicapai.

Comments

Follow Us