Petronas kembali di MotoGP sebagai pasukan kilang

 


Umum mengetahui bahawa bakal rasmi Repsol yang menjadi penaja utama Honda untuk bertahun-tahun akan meninggalkan pasukan Honda akhir musim ini. 

Sesuai dengan keadaan semasa pasukan tersebut, nyata kini RC213V bergelut untuk bersaing dengan pengeluar yang lain semenjak ketiadaan Marc Marquez. Jadi dengan keputusan yang kurang memuaskan, menyebabkan pihak penaja juga tidak boleh menunggu lama lalu Repsol pasti akan meninggalkan pasukan tersebut.

Bukan hanya itu, Honda juga kini ketandusan pelumba berbakat atau ‘alien’ baharu untuk menggantikan Marc Marquez dimasa akan datang. Kini Honda RC213V menjadi jentera yang sukar untuk ditaklukkan jika dibandingkan dengan jentera seperti Ducati dan Aprilia.

Jadi, info ini dipetik daripada channel Youtube MSGP yang mana channel ini selalu membincangkan tentang isu semasa luar dan info dalam paddock MotoGP. Apa yang menariknya, video terbaharu yang dipostkan semalam, beliau menyatakan rasmi kini Petronas sudah menandatangani kontrak bersama Honda sebagai penaja utama menggantikan Repsol. 

Walaupun sudah pasti hampir 100%, namun kami belum dapat mengesahkannya dan kita bakal tunggu pengumuman rasmi kelak. Jika benar, kita bakal dapat saksikan buat sekian lama livery Honda akan berubah secara total. 

Comments

Follow Us