Pit tak nak ulang kesilapan sama, Acosta kekal.


Ayam tambatan muda KTM, Pedro Acosta sebelum ini didendang akan dinaikkan ke kategori utama tahun hadapan. Ada yang berpandangan ia terlalu awal dan ada juga yang bersetuju.

KTM pada tahun ini telah menaikkan dua rookie sekaligus ke MotoGP dan ternyata ia satu 'eksperimen' gagal yang diakui sendiri oleh Pit Beirer. Atas pembelajaran yang diperoleh, Pit tidak mahu mengulangi kesilapan tersebut.

Maka dengan itu Pedro akan dikekalkan di Moto2 untuk tahun hadapan bagi mengambil lebih pengalaman bersaing dalam merebut gelaran juara dunia. 

Comments

Follow Us