Semoga Damok berjaya dapat tempat di Moto3 tahun hadapan.


Nama Sharifudin Azman kini kian meningkat gara-gara prestasinya di lapangan JuniorGP amat baik. Pelumba muda negara ini selalu dilihat berada dalam kumpulan hadapan bagi merebut podium dan telah pun beberapa kali berjaya melepasi garisan penamat dalam kelompok 3 teratas.

Melihat akan prestasi dan pencapaian Damok, Dato' Razlan mengatakan bahawa beliau melihat pelumba muda itu sememangnya sudah layak bersaing di pentas dunia dalam kategori Moto3. Tambahan pula kini Damok berada di kedudukan kedua keseluruhan JuniorGP 2022.

Walaubagaimanapun Dato' menambah, Zulfahmi perlu secepatnya mendapatkan kontrak untuk Damok kerana masa ini telah pun di pertengahan musim. Inilah waktu di mana kebanyakan pelumba menandatangani kontrak bersama pasukan-pasukan yang bersaing di Moto3. Sekiranya lambat maka Dato' percaya tidak akan ada lagi tempat kosong buat Damok. 

Pastinya semua peminat tempatan berharap agar dapat melihat Damok di MotoGP pada tahun hadapan dan semoga usaha Zulfahmi dan SIC berjaya merealisasikan harapan semua.

Comments

Follow Us