- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pengacara MotoGP dan juga bekas pelumba, Simon Crafar telah berkesempatan menguji 'layout' litar Red Bull Ring baharu sebelum acara rasmi MotoGP bermula. Beliau diberikan kebenaran oleh pihak Dorna untuk seketika waktu dan dibekalkan jentera BMW S1000RR.
Sesi pengujian oleh pengulas tersebut dilihat amat penting supaya apa yang disampaikan lebih tepat terutamanya dari sudut 'feeling' ketika melalui chicane baharu. Semua telah sedia maklum bahawa ada penambahan chicane di litar tersebut bagi mengurangkan kadar marabahaya demi keselamatan semua pelumba.
Menurut Simon, chicane tersebut dibuat agak sempit dan kecil atau pendek dan berada di tempat yang mana jentera meluru dengan kelajuan 300km/j sebelum itu. Ia dilihat amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pengurangan kelajuan kerana jentera hanya berkesempatan berada dalam gear ke-6 untuk tempoh yang amat singkat. Chicane pendek dan sempit itu juga akan membuatkan para pelumba membrek lebih awal supaya tidak terbabas keluar ke gravel. Secara kesimpulan rekaan dan binaan tersebut adalah tepat dan fungsinya untuk memperlahankan jentera, tercapai.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment