- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Tidak terlalu melampau jika kita katakan Honda sedang mengalami fasa kejatuhan di arena MotoGP sejak beberapa tahun lepas. Ia jelas mencacatkan persembahan mereka selepas ayam tambatan, Marc Marquez tercedera pada perlumbaan di Jerez pada Tahun 2020. Kecederaannya mengambil masa yang agak lama untuk pulih dan hingga ke saat ini beliau belum dapat kembali ke lapangan.
Melihat situasi mencabar ini, pengulas dan juga bekas pelumba, Simon Crafar berpandangan bahawa Honda perlu kekalkan Takaaki Nakagami untuk tahun depan. Memang sejak dari awal musim lagi, Honda dikatakan berminat untuk menaikkan Ogura dan mengambil tempat Taka. Untuk pengetahuan semua, Ogura kini sedang bersaing merebut gelaran juara dunia di Moto2.
Daripada pandangan Simon, bagi tahun hadapan, Honda akan kehilangan 2 pelumba sedia ada iaitu Alex Marquez dan Pol Espargaro. Seandainya mereka tidak menyambung kontrak Taka maka ia bermakna tiada pelumba berpengalaman di garaj Honda untuk membantu dalam perkembangan jentera. Mereka tidak boleh mengharapkan Marc semata kerana beliau belum tahu tarikh sebenar untuk kembali dan beliau juga sudah agak lama tidak memacu RC213V.
Oleh sebab itu, Simon mengatakan Honda sememangnya memerlukan pengalaman Taka untuk menjadikan jentera mereka kompetetif bagi saingan musim depan. Untuk Ogura pula, jika kekal di Moto2, itu adalah yang terbaik untuknya supaya dapat lebih fokus dalam usaha rangkul gelaran juara dunia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment