Senior tak puas hati.


Pelumba muda Sepanyol, David Munoz mula tampil mengikuti saingan di kejohanan dunia Moto3 bermula ItalianGP lepas pada 29 Mei lalu. Ia agak lewat sebanyak 6 pusingan ekoran usianya yang belum cukup 16 tahun memandangkan tarikh lahirnya adalah pada 15 Mei.

Semangat yang membara, Munoz tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan keserasian. Beliau langsung tidak berkelakuan seperti budak junior di tempat baharu. Pada perlumbaan keduanya iaitu di Catalunya, beliau langsung berjaya meraih podium di tempat kedua. Ia seterusnya menjadikan dirinya diperhatikan dan namanya sering disebut.

Antara perkara utama yang dikeluhkan oleh para senior ialah cara tunggangannya yang dikatakan terlampau aggresif dan terburu-buru. Hal tersebut turut diakui oleh pengurus pasukannya dan Munoz telah diberi teguran secara baik. Walaubagaimanapun, menurut pengurusnya lagi, untuk menjadi juara, agresif itu ialah satu keperluan kerana ini ialah perlumbaan namun tidak boleh dilupakan akan hal ketenangan mengatur langkah. Jika terlalu terburu-buru maka mudah bagi seseorang pelumba untuk terlibat dengan kemalangan yang akhirnya akan merugikan pihak mereka sendiri.

Comments

Follow Us