Adam Norrodin, Petronas dan MIE Racing Team 2023

 


Semalam, secara rasminya kejohanan WSBK telah mengumumkan nama-nama pelumba yang akan bersaing di kejohanan WSBK dan WSSP. Apa yang menariknya kali ini adalah kelibat 2 pelumba negara yang akan beraksi disana semusim penuh.

Kedua-dua mereka adalah Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin. 2023 adalah tahun kedua buat bekas pelumba MotoGP tersebut namun bagi Adam Norrodin, beliau akan beraksi buat kali pertama di kejohanan dunia superbike di kategori WSSP.

Paling mencuri perhatian adalah, kelibat penaja tersohor di pasukan Adam Norrodin, iaitu Petronas yang bekerjasama dengan pasukan Hafizh iaitu MIE Racing, menjadikan gabungan baru di WSSP iaitu Petronas MIE - MS Racing Honda Team.

Petronas MIE Racing Team Wildcard Moto2 SepangGP

Petronas dan MIE Racing sebelum ini pernah bekerjasama di kejohanan MotoGP sebagai pasukan wildcard kategori Moto2 semasa MalaysianGP. Semenjak itu, rata-rata peminat sudah menjangkakan akan lebih banyak kerjasama yang bakal menyusul dan kini secara rasminya Petronas kembali bersaing di kancah dunia dua roda peringkat antarabangsa.

Petronas FP1

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Petronas bersaing di sini. Petronas pernah bersaing di WSBK di kelas utama menggunakan jentera FP1 Petronas sendiri. Untuk kelas pertengahan WSSP pula, ini adalah kali pertama Petronas terlibat dalam kelas ini.

Untuk musim depan, kita akan dapat melihat aksi dua pelumba negara yang akan beraksi di kejohanan WSBK. Pasukan dah sama, jenama jentera dah sama, persoalannya adalah, adakah Hafizh bakal dinaungi Petronas kembali satu hari nanti? Kita nantikan.


Senarai pelumba WSBK dan WSSP musim 2023


Teruskan Bersama Two Wheels!


Comments

Follow Us