Bendalir juga dipanaskan terlebih dahulu.


Pemanas tayar sudah sering kita lihat di arena permotoran baik dua roda mahupun empat roda. Pemanasan tersebut dibuat bagi mempercepatkan tayar mencapai suhu optimum supaya dapat memberikan cengkaman yang baik.

Untuk pengetahuan semua, bukan hanya tayar yang dipanaskan sebelum digunakan namun minyak-minyak yang digunakan dalam sistem hidraulik turut melalui hal yang sama.

Minyak juga memerlukan suhu yang optimum supaya ia dapat berkerja dengan cemerlang. Ini kerana kelikatan bendalir bergantung kepada suhu yang ditampung. Jika suhu rendah maka bendalir menjadi sangat likat dan kesannya pergerakan mekanikal menjadi berat. Jika terlalu tinggi pula suhu maka ia menjadi cair dan tidak akan mampu menyerap lebihan haba lagi lalu menyebabkan kerosakan pada sistem mekanikal.

Comments

Follow Us