Fakta Pelumba Nombor 84, Jakub Kornfeil

 84 hari lagi menuju MotoGP



Jakub Kornfeil adalah pelumba yang berasal daripada Republic Czech yang dilahirkan pada tanggal 8 April 1993. Beliau di antara pelumba generasi baharu yang sempat merasa bersaing di kejohanan 125cc sebelum dijenamakan menjadi Moto3.

Beliau mula berlumba di kejohanan dunia adalah pada tahun 2008 di Red Bull MotoGP Rookie cup.pada tahun pertama beliau berjaya mendapat tempat ke 9 dengan mengumpul 63 mata. Pada tahun kedua pula prestasinya amat memberangsangkan apabila berjaya merangkul Kejuaraan tersebut dengan mendapat tempat pertama keseluruhan. 

Pada tahun 2009, beliau sudah aktif menjadi pelumba wildcard di kelas 125cc beberapa kali dan bermula 2010, beliau secara rasmi bersaing secara penuh di 125cc bersama pasukan Racing Team Germany. 

Jakub dan Adam bersama pasukan Drive M7 SIC Racing

Beliau kekal lama di kelas permulaan tersebut sehingga 2019. Beliau juga pernah bergandingan dengan pelumba negara, Adam Norrodin semasa berada dalam pasukan Drive M7 SIC RACING. Percapaian beliau terbaik di Moto3 adalah di tempat ke 8 keseluruhan pada tahun 2016 dan 2018

Pada tahun 2020, beliau telah berlumba di MotoE bersama With U Motorsports. 

Comments

Follow Us