Hafizh Bakal Beraksi di B2H


Berita baik buat peminat pelumba sensai negara, Hafizh Syahrin Abdullah atau lebih dikenali dengan Pescao. Beliau akan bersaing bersama pelumba lain didalam perlumbaan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, 11 Disember 2022 di Litar Antarabangsa Sepang. Perlumbaan kali ini lebih menarik dan pasti memberi cabaran baru buat peserta kerana ianya bakal dilaksanakan pada sebelah malam.

Umum mengetahui Pescao akan meneruskan saingan WorldSBK pada musim hadapan bersama Pasukan MIE Racing dan beliau pernah beraksi di Kejohanan MotoGP, CEV serta MCP. Beliau akan bersaing didalam kategori MP150 Elite bersama pelumba-pelumba utama negara serta penunggang profesional jemputan antarabangsa.

"Secara keseluruhan, pihak kami telah mendapat pengesahan peyertaan para pelumba dari Thailand, Taiwan, Indonesia dan Singapura disamping 100 pelumba tempatan. Mereka akan bersaing didalam 3 kategori perlumbaan lasak dan 3 kategori perlumbaan sprint yang bakal menampilkan aksi jentera moped berkapasiti 150cc sehingga 400cc." Terang Encik AzuanIzadee, Presiden Kelab Sukan Bermotor BRAAAP pada majlis pelancaran hari ini di KBS, Putrajaya.

"Selain acara perlumbaan, pelbagai acara lain bakal dijalankan seperti promosi jualan di Mall Area SIC serta acara 'Tobaki Hotlap' dimana 150 peserta dari SK13 serta rakan penaja B2HEndurance akan membuat satu pusingan lengkap mengelilingi litar bersama tetamu kehormat, sebagai simbolik dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kejohanan kali ini, terutamanya kepada penaja-penaja kejohanan." Tambah beliau

Pelancaran Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance yang berlangsung di perkarangan KBS, Putrajaya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Abd Aziz Abd Rahman. Didalam ucapan perasmian beliau, beliau berharap lebih banyak kelab sukan bermotor tampil dan menyokong agenda Kerajaan dalam memperkasakan sukan permotoran tanahair serta menggalakkan pembangunan bakat di peringkat akar umbi.

"Seperti yang dipamerkan oleh Hafizh Syahrin dan pelumba-pelumba tanahair yang lain, Malaysia mempunyai bakat untuk mengungguli pentas sukan permotoran antarabangsa sekiranya lebih banyak platform, peluang dan pendekatan yang betul diperkenalkan." Tambah Encik Abd Aziz.

Ayuh kita sama-sama memeriahkan Kejohanan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad ini. Pelbagai acara sampingan serta hadiah misteri menanti anda, masuk adalah percuma.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us