- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Mattel telah bertapak di Malaysia semenjak tahun 1991 dan baru-baru ini mereka telah menyambut ulang tahun ke 40. Bertempat di Perai, Pulau Pinang, produk utama Mattel yang menjadi kegilaan dunia adalah Hot Wheels.
Semestinya pekerja mereka lebih dari 4000 orang pasti berasa gembira apabila hasil tangan 9 juta kenderaan seminggu berlegar di pasaran dunia.
Ketika sambutan ulang tahun ke 40 tempohari juga, akhirnya Mattel mengumumkan kerjasama bersama Proton Holding Bhd untuk mengeluarkan barisan kereta-kereta Proton sepanjang zaman didalam siri Hot Wheels berskala 1:64.
Pasti ramai yang sangat gembira dengan pengumuman ini dan rata-rata pengumpul tegar HW seperti min pernah menempah model Proton yang diolah dari model lain HW untuk koleksi peribadi. Khabar yang lebih menarik lagi adalah keluaran pertama Hot Wheels dari Mattel kelak adalah set 5 buah kereta Proton iaitu lagenda saga merah 1985, Satria GTi, Wira, Exora dan X70.
Walaupun kita mungkin perlu menunggu sehingga perhujung tahun hadapan untuk melihat kereta nasional berada didalam peg Hot Wheels namun kini pengumpul HW boleh menarik nafas lega apabila ianya menjadi kenyataan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #Mattel #HotWheels #HotWheelsCollector #HCM
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment