Kenali pelumba 83, Farid Badrul Hisham

 

Pelumba Negara, Farid Badrul Hisham mempunyai rekod career sukan permotoran yang baik dan mencabar dalam sukan permotoran 2 roda. Beliau juga pernah belumba atas tiket wildcard di kejohanan MotoGP di kelas 125cc pada tahun 2011 di Sepang GP.




Pada tahun yang sama, beliau terlibat berlumba di kejohanan   British National Superstock 600 Championship dengan pencapaian keseluruhan di tempat ke 44 dengan menunggang jentera Kawasaki ZX-6R. 

Selepas itu beliau aktif berlumba di kejohanan ARRC bermula 2012 sehingga 2015. 2012 - 2013 beliau menggunakan jentera Yamaha R6 dengan pencapaian kedudukan ke 13 keseluruhan pada tahun 2012 dan kedudukan ke 20 pada tahun kedua.

Bermula tahun ke 3 pula iaitu 2014 sehingga 2015, beliau kembali menggunakan jentera Kawasaki ZX-6R yang baharu. Beliau berjaya meraih kedudukan keseluruhan di tempat ke 20 dan 18 pada 2 tahun tersebut.



Pada tahun 2015, beliau diberi peluang untuk menyertai Suzuka 8-hour bersama pasukan Duo BikeART Kawasaki Racing bersama rakan pasukan yang juga pelumba negara, Hazlanshah Mohd Noor dengan menggunakan jentera berkuasa tinggi 1000 cc. Justeru, peluang ini telah mencatatkan rekod peribadi apabila berpeluang dapat beraksi di pentas yang berpestij tersebut.

Pada Tahun 2017, beliau aktif di kejuaraan Malaysian Superbike dan meraih juara keseluruhan pada tahun itu. Ketika itu beliau menunggang jentera BMW S1000 bersama pasukan BMW HKM Times Bike Racing Team. 


Pada Tahun 2019, Beliau berlumba bersama pasukan OneTKKR dengan model jentera yang sama.


Walaubagaimanapun, dari Pihak Two Wheels, kami memohon maaf kerana kami tidak dapat menceritakan lebih banyak fakta mengenai biodata dan perjalanan beliau dalam artikel ini kerana sumber info yang sangat terhad. Setakat ini, kami hanya dapat menerangkan beberapa pencapaian utama beliau di atas diambil daripada sumber internet.

Kami berharap, suatu hari nanti, kami dapat berjumpa dan berbual bersamanya dengan lebih mendalam tentang perjalanan kariernya untuk disajikan kepada anda.

Teruskan Bersama Two Wheels!





Comments

Follow Us