- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Ketika di tanya mengenai bagaimana jika Marc Marquez pergi ke Ducati, Francesco Bagnaia ke Yamaha dan Fabio Quartararo ke Honda, contohnya? Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall'Igna menjawab, bagi beliau segalanya boleh terjadi di masa depan.
Soalan ini diajukan oleh seorang Journalist dari akhbar Marca yang menyatakan bahawa prestasi Pecco saat ini bakal menutup pintu untuk mana-mana pelumba terutama Marc Marquez untuk berada di Kem Ducati. Prestasi juara dunia 2022 tersebut nyata amat memberangsangkan dan amat mustahil jika Ducati melepaskan Pecco untuk menerima ketibaan Marc
Namun apa yang menariknya adalah, pengurus besar Ducati tersebut tidak menolak kemungkinan bahawa datangnya Marc Marquez atau perginya Pecco daripada Ducati.
Beliau berkata, dalam hidup ini kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Kemungkinan Francesco Bagnaia akan pergi meninggalkan Ducati. Katanya, amat mustahil perkara ini boleh berlaku kerana kontrak Pecco masih berbaki selama 2 tahun. Tambahan pula, hubungan mereka amatlah akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain jika berada dalam kesulitan. Oleh sebab ini beliau berasa perkara ini amat sukar untuk dijangkakan.
Namun baginya kita tidak tahu masa depan. Mungkin Honda datang kepadanya menawarkan kontrak yang lebih baik daripada kami dalam masa yang sama kami tidak mampu untuk lawan tawaran tersebut, apa lagi kami boleh buat?
Teruskan Bersama Two Wheels!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment