Masa depan Izan mula bersinar.


Kuat usaha, berstrategi dan cekal antara sifat yang ditonjolkan oleh juara dunia Moto3, Izan Guevara. Beliau tampil bersama Pasukan Aspar dan dilihat sebagai pelumba kedua selepas calon utama juara dunia iaitu Sergio Garcia. Walaupun pada awalnya perhatian kurang diberikan kepada Izan namun beliau tidak pernah komplen malah terus memberikan keputusan yang baik untuk pasukannya.

Daya usaha dan gerak kerja Izan itu telah menaikkan nilai dirinya sendiri dan berjaya meraih perhatian orang besar di kem Ducati MotoGP, Gigi Dalligna. Gigi menyatakan apa yang dibuat oleh Izan iaitu tidak banyak cakap dan hanya fokus untuk terus berdaya saing, sama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Pecco dan Jorge Lorenzo.

Oleh sebab itu Gigi percaya Izan jika kekal dengan sikap sebegitu, masa depannya akan cerah dan mampu raih tempat cemerlang di persada MotoGP.

Pada tahun hadapan, Izan akan bersaing di kategori Moto2 dan jika beliau berjaya tunjukkan keajaiban maka tidak mustahil pada Tahun 2024 beliau akan ditawarkan tempat oleh Ducati. Seperti yang kita ketahui, pelumba-pelumba yang datang ke kem Ducati adalah hasil perkenan daripada direktor Ducati, Gigi Dalligna.


Comments

Follow Us