- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kedua-dua champion dari mesin Jepun yang bersaing di kejuaraan berprestij MotoGP, Honda dan Yamaha iaitu Marc Marquez dan Fabio Quartararo nyata berada dalam situasi tidak gembira dengan prestasi jentera.
Kebelakangan ini kita dapat lihat prestasi jentera daripada Jepun merudum berbanding pembangunan jentera daripada eropah seperti Ducati, KTM dan Aprilia.
Walaupun pembangunan jentera kian pesat di eropah, mereka tidak mempunyai title contender seperti yang ada di Yamaha dan Honda.
Oleh sebab itu, jenama dari Jepun tersebut perlu lakukan sesuatu demi meyakinkan permata yang ada pada mereka supaya mampu membawa jenama tersebut kembali di atas. Jika masih tiada perubahan, mereka mempunyai risiko yang tinggi pelumba harapan mereka ini akan meninggalkan mereka sekaligus akan bakal menyukarkan mereka bersaing untuk kemenangan.
Namun dalam masa yang sama, adakah pengeluar yang sedia ada inginkan mereka? Kita nantikan.
Teruskan Bersama Two Wheels!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment