Ohvale Untuk Qabil Irfan

 

Permata yang kian meningkat dan mendapat perhatian, Qabil Irfan semalam telah dianugerahi insentif sebanyak RM5,000. Tidak hanya setakat itu, lagi durian runtuh diterimanya.

Selepas majlis penganugerahan insentif di Dewan Undangan Negeri, Ustaz Wan Sukairi telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu akan menaja sebuah Ohvale yang berharga sekitar RM40,000 kepada Qabil untuk beliau gunakan bagi persiapan diri dalam mengharungi kejohanan MiniGP tahun hadapan. 

Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati untuk membantu melancarkan usaha pelumba cilik negara itu memandangkan prestasinya yang amat baik setelah mana berjaya menaiki podium di kejuaraan minigp dunia baru-baru ini.

Semoga hadiah tersebut akan memangkin semangat Qabil untuk terus maju dan mengecapi kejayaan di masa akan datang.

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #QI33 #ohvale #terengganu

Comments

Follow Us