Sikap Pecco dikagumi Gigi.


Seperti yang dijelaskan pada pos lalu, Gigi memuji Izan atas sikap dan cara kerjanya hingga berjaya merangkul gelaran juara dunia Moto3 tahun ini. Gigi memberitahu ada persamaan antara Izan dan juara dunia MotoGP dari pasukannya, Francisco Bagnaia.

Gigi sememangnya telah mula memerhatikan Pecco ketika beliau masih di kategori Moto3 lagi. Gigi sangat kagum dengan kegigihan Pecco ketika bersama  Mahindra dulu. Sudah sedia maklum bahawa jentera yang diguna oleh Pecco tersebut amat lemah dan jauh sekali untuk menjadi juara namun Pecco tidak mengalah dan memberontak. Beliau kekal konsisten memberi yang terbaik pada setiap perlumbaan.

Pecco telah bersama Mahindra selama dua tahun iaitu 2015 dan 2016. Di tahun keduanya beliau berjaya memenangi perlumbaan sebanyak dua kali dan ia agak mengejutkan. Kedudukan keseluruhan pula di akhir perlumbaan ialah tempat ke-4 dan ia amat memberangsangkan.

Comments

Follow Us