Trans7 Siar MotoGP Secara Percuma

 

Kejohanan MotoGP merupakan salah satu acara sukan dua roda yang mempunyai peminat terbanyak di serata dunia. Setelah Fox Sports Asia berkubur, SPOTV menjadi peyiar rasmi kejohanan tersebut dengan saluran berbayar untuk memenuhi keperluan peminat di Asia.

Umum mengetahui jumlah peminat MotoGP di Asia terutama di Indonesia amatlah tinggi dan Trans7 tampil menyediakan siaran perlumbaan MotoGP kepada penduduk Indonesia secara percuma, satu langkah positif untuk menyokong permintaan peminat disana. Semalam Trans7 telah mengumumkan bahawa mereka akan terus menyiarkan segmen MotoGP kepada penduduk Indonesia setelah mendatangani perjanjian hak penyiaran dengan pemegang hak MotoGP, Dorna sehingga tahun 2026. Semestinya ia pasti mengembirakan rakyat Indonesia. Bagaimana pula dengan Malaysia?

Untuk rekod, Trans7 merupakan salah satu syarikat penyiaran television percuma yang kini bertapak dibawah Trans Media semenjak tahun 2013. Tahniah diucapkan keatas usaha lestari ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TWmy #Trans7 #MotoGP

Comments

Follow Us