(Video) Suzuki Ucap Selamat Tinggal

 


Hari ini merupakan hari terakhir keluarga Suzuki Ecstar bersama dan tepat jam 12 malam ini, kesemua platform maya Suzuki terutama platform-platform pasukan MotoGP Suzuki Ecstar akan ditutup.

Disebabkan perihal yang tidak dapat dielakkan, Suzuki telah membuat keputusan untuk bersara dari arena MotoGP pada pertengahan musim ini dan semestinya ianya berkuatkuasa pada penghujung tahun 2022, menandakan tiada lagi Suzuki Ecstar pada tahun 2023 (esok). Walaupun peminat-peminat serata dunia berharap agar Suzuki mengekalkan platform maya mereka supaya peminat dapat sesekali mengimbas kenangan manis namun Suzuki bertegas untuk melenyapkan semua memori.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Suzuki menarik diri dari MotoGP. Kali pertama mereka menarik diri dari MotoGP adalah pada penghujung musim 20111 sebelum kembali menjadi pasukan kilang MotoGP pada 2015 sehingga 2022.

Suzuki MotoGP: Thank You & Goodbye

Selamat tinggal Suzuki, semoga kembali dengan lebih hebat selepas ini di arena MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us