23 Litar untuk tahun 2023 di F1


Saingan Formula Satu pada tahun 2023 akan membuka tirainya di Bahrain pada 5 Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada 26 November kelak, namun apa yang menariknya sebanyak 23 perlumbaan yang bakal diharungi oleh pemandu pada kempen kali ini.

Las Vegas akan menjadi lokasi terbaharu kejuaraan Formula Satu dan ianya menjadikan perlumbaan ke tiga di Amerika Syarikat selepas Miami yang juga berada didalam senarai perlumbaan pada musim ini, namun perlumbaan di Las Vegas tertakluk kepada proses 'homologation' atau pengesahan rasmi terhadap litar itu oleh Pihak FIA yang juga menjadi badan induk sukan berkenaan.

📷F1

Turut tersenarai adalah Grand Prix China yang juga dilihat akan kembali pada tahun ini di mana kali terakhir dilangsungkan pada 2019 sebelum pendemik covid 19 berlaku. Untuk rekod pembahagian perlumbaan pada tahun 2023 ini bertukar kepada 9 perlumbaan di eropah, 8 di asia, 4 di Amerika Syarikat manakala masing-masing satu di Amerika Selatan dan Australia.

Dengan 23 perlumbaan kali ini, adakah Max Verstapen dapat mempertahankan kejuaraan yang di menanginya pada kedua-dua musim sebelum ini? Sama-sama kita nantikan. 

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us