6 pelumba MotoGP yang bakal tertekan hadapi musim 2023


Umum mengetahui bahawa setiap musim pastinya mempunyai tekanan yang tersendiri bagi setiap rider untuk melangkah ke musim baharu. Namun hanya satu rider yang boleh menghadapi tekanan dan muncul sebagai juara dunia. 

Namun ada beberapa pelumba yang mempunyai lebih tekanan berbanding pelumba yang lain. Faktor-faktor utama tekanan berlebihan ini adalah kerana pasukan baharu, tiada kemenangan dan sebagainya. 

Jadi kali ini kami ingin senaraikan 6 pelumba bagi pendapat kami yang bakal menghadapi lebih tekanan untuk musim 2023. Artikel ini kami juga rujuk daripada laman web penganalisis terkenal daripada Crash.net dan kami juga bersetuju dengan pendapat ini. 

1. Johann Zarco

Dengan prestasi jentera juara spesifikasi kilang, Pelumba Perancis ini pastinya sedikit tertekan kerana rakan pasukan dan pasukan kilang sudah mendapat kemenangan masing-masing kecuali beliau. Beliau juga adalah seorang juara dunia pastinya ramai peminat merindui ‘backflip’ nya. 

2. Joan Mir

Diberi tekanan oleh haters sebagai juara dunia nasib, Mir pastinya mempunyai tekanan berlainan untuk tahun ini. Dengan jentera Honda yang belum pulih, dalam masa yang sama sebagai rakan pasukan juara dunia 8 kali, pastinya Mir perlu bekerja lebih keras supaya perpindahan beliau ke Honda bukan hanya last choice disebabkan pengunduran Suzuki. 

3. Augusto Fernandez

Rookie of the year 2023 tidak rasmi, akan memulakan perjalanan ke kelas utama pada musim ini dengan jentera Gas-gas AKA KTM. Seperti tahun sebelum ini, setiap pelumba baharu yang mencuba RC16 di Tech3,masih belum ada pelumba yang mampu membuktikan jentera tersebut di kelompok hadapan. 

Malah bekas juara dunia dan naib juara 2021 pun tidak dapat menjinakkan KTM. Ini senasib dengan pelumba Negara Hafizh Syahrin. Walaupun tiada target untuk beliau, namun pastinya akan ada tekanan buatnya untuk terus kekal di MotoGP. 

4. Alex Marquez

Dengan perpindahan ke jentera juara musim ini, pastinya Alex Marquez mempunyai tekanan untuk tampil bersaing di papan atas. Tambahan pula prestasi Enea bastianini musim lepas sangat memberangsangkan di atas jentera yang sama. 

5. Takaaki Nakagami 

Ini adalah tahun ke 5 pelumba jepun tersebut bersaing di kelas MotoGP. Namun sehingga kini, beliau masih belum mampu mencatatkan kemenangan malahan satu podium sekali pun. slot di LCR Idemitsu mengutamakan pelumba Jepun dan dengan prestasi Ai Ogura yang kian pesat, ia memberi tekanan kepada Nakagami untuk mengekalkan tempatnya di musim hadapan.

6. Franco Morbidelli

Terpaling tertekan. Franco memulakan kariernya di kelas utama dengan baik dan kian improve dari semasa ke semasa. Paling mencuri perhatian adalah ketika bersama pasukan Malaysia, Yamaha Petronas SRT pada tahun 2020. Ketika itu, beliau mampu bersaing di papan atas mengalahkan juara dunia Fabio Quartararo yang memacu jentera spec kilang yang lebih baik daripadanya. 

Pada tahun tersebut beliau juga mampu menjadi title contender merebut juara dunia. Namun sayang sekali selepas beliau kemalangan ketika latihan, beliau terpaksa berehat selama 5 perlumbaan. Selepas kembali, dengan seat pasukan Kilang yang dikosongkan oleh Maverick vinales dipertengahan musim, kembalinya beliau tidak seperti yang diharapkan. 

Morbidelli kini sukar untuk bersaing di kumpulan atas dan kami berharap beliau dapat bangkit kembali seperti prestasi asal. 

Apa pendapat anda? Teruskan Bersama Two Wheels!

Comments

Follow Us