Ciri-ciri yang ada pada Motor Marhaen, YAMAHA EZ115. Harga Bermula RM 5,598

 


Untuk permulaan tahun 2023, nampaknya HONG LEONG YAMAHA MOTO (HLYM) tidak menunggu lama untuk mengeluarkan produk baharu mereka.

Dengan kehadiran Yamaha EZ115 yang tampak lebih simple dan dalam masa yang sama masih mengekalkan DNA sporty pada model sebelumnya. Model ini telah pun berada dipasaran tempatan yang akan menggantikan model Yamaha Lagenda 115z yang mana sebelum ini telah lama menguasai pasaran tempatan.

Untuk kali ini, Yamaha memandang serius dengan keadaan ekonomi rakyat Malaysia dan dengan tanda harga bermula RM5,598.00, model ini adalah sangat berbaloi dan dianggap murah dalam segmen kapcai di Malaysia. Kapcai dalam segmen 115cc itu ditawarkan dengan tiga varian warna iaitu cyan, biru dan merah.

Berikut perincian Yamaha EZ115 (2023):

1. Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 115cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.58hp @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.

2. Kotak gear klac automatik 4-kelajuan dengan klac basah multiplat.

3.Dimensi panjang 1,940mm, lebar 715mm , tinggi 1,090mm.

4. Tinggi pelana 775mm.

5. Berat kasar 98kg manakala jarak tinggi bumi 155mm.

7. Sistem suspensi fork konvensional di depan, dan dwi-absorber di belakang.

8.Lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek masih jenis mentol.

9. Kapasiti tangki minyak 3.9 liter.

10.Dilengkapi sistem penghidup elektrik dan penendang kaki.

11. Sistem brek cakera (roda depan), dan dram (belakang).

12.Rim aloi 17 inci dengan tayar 70/90 (depan), dan 80/90 (belakang).

Oleh itu dapatkan segera daripada wakil-wakil dari pengedar yang sah.


TERUSKAN BERSAMA TWO WHEELS!!!














Comments

Follow Us