Dani Pedrosa Kembali berlumba di pusingan Jerez.


Bos KTM, Francesco Guidotti telah mengesahkan bahawa, Pelumba ujian KTM, Dani Pedrosa akan kembali berlumba atas tiket Wildcard pada pusingan di Jerez, Sepanyol musim ini.

Dani Pedrosa kini pelumba ujian KTM pernah berlumba secara Wildcard pada tahun 2021 iaitu pada pusingan #StyrianGP di litar Red Bull Ring.

Pedrosa adalah pemenang GP sebanyak 31 kali di kelas utama dan menjadi pelumba kemenangan terbanyak tanpa mendapat gelaran juara dunia. Selepas berlabuh ke KTM, Beliau berpeluang sekali berlumba pada 2021 dengan mencatatkan tempat ke 14 sesi kelayakan. 

Setelah hampir terlibat dengan kemalangan ngeri pada awal perlumbaan, beliau mendapat tempat ke 10 keseluruhan setelah perlumbaan dimulakan semula selepas itu.

Sesi pelancaran berlangsung dimana KTM mendedahkan jentera dan livery mereka untuk musim ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, secara keseluruhan, tiada perbezaan ketara atas jentera KTM musim ini berbanding musim lepas. 

Namun ada beberapa perbezaan seperti penaja Mobil 1, yang menggantikan Motorex, dan kedatangan penaja jenama kereta, Cupra.

Dari segi jentera nampak ketara Exzos yang panjang digunakan kali ini dan perubahan winglet hadapan lebih banyak shape berbanding musim lepas.



Comments

Follow Us