- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Meninggalkan MotoGP namun belum sempat berakhir musim, Remy Gardner telah dihulurkan dua kontrak iaitu daripada Ducati dan Yamaha. Keduanya ini adalah untuk kejohanan WSBK 2023.
Kenapa Remy memilih Yamaha?
Kita semua telah sedia maklum bahawa Remy akan bersama Pasukan Yamaha nanti dalam saingan superbike dunia. Remy menolak lamaran Ducati kerana jaminan di kem Yamaha adalah lebih kukuh.
Remy dalam pada masa sama mengungkapkan bahawa beliau masih ingin kembali ke lapangan MotoGP maka dengan sebab itu jugalah beliau memilih Yamaha. Kontrak Yamaha dinilai lebih konkrit untuk masa depannya.
Seperti yang kita lihat, juara dunia Superbike, Toprak Razgatlioglu diberi peluang untuk mencuba jentera Yamaha M1. Beliau juga dikatakan bakal berpindah ke MotoGP satu hari nanti dan akan ditempatkan di pasukan utama mereka. Ini membuktikan bahawa jika ke kem Yamaha maka peluang untuk ke arena MotoGP masih terbuka namun di Ducati ia tidak sebegitu.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment