- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Radiator berfungsi untuk menurunkan suhu cecair penyejuk bagi sesebuah enjin. Ia dilalui oleh cecair tersebut yang keluar dari dalam enjin sambil membawa kuantiti haba yang sangat tinggi. Haba itu kemudiannya dipisahkan daripada 'coolant' melalui angin yang mengalir hasil daripada pergerakan jentera.
Seperti yang diketahui, enjin perlu berada dalam sukatan suhu tertentu bagi membolehkan ia bekerja dalam keadaan optimum. Ini bermakna jumlah haba yang diangkut keluar oleh cecair penyejuk perlulah dikawal supaya tidak terlampau banyak.
Pada perlumbaan di negara-negara yang bersuhu rendah, satu cara untuk mengawal penyingkiran haba telah dilakukan oleh para jurutera setiap pasukan di MotoGP. Satu keping karbon fiber yang berbentuk segi empat tepat yang mempunyai saiz tertentu, diletakkan di bahagian tengah radiator secara menegak. Ia bertujuan untuk menutup bahagian radiator tersebut bagi mengurangkan isipadu angin yang bersuhu rendah masuk ke dalam radiator.
Angin yang sejuk apabila melalui radiator akan menyerap lebih banyak kuantiti haba daripada cecair penyejuk dan seterusnya cecair itu akan turut menyerap banyak haba daripada enjin lalu menyebabkan enjin kehilangan kuantiti haba yang terlampau banyak. Kesannya enjin tidak boleh mengeluarkan kuasa semaksimumnya lalu prestasi jentera akan terjejas.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment