- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Jika anda peminat sukan permotoran dua roda, pastinya anda biasa melihat tayar pada sesebuah jentera lumba sentiasa dibaluti dan dilindungi sebelum perlumbaan dimulakan. Sebagai contoh, dalam Kejohanan MotoGP permandangan membalut tayar ini biasa dilihat. Alat yg membaluti tayar ini dinamakan 'pemanas tayar'(tyre warmer).
Tujuan utama tayar dibaluti adalah untuk memanaskan tayar. Fungsi lainnya ialah mengurangkan tindak balas antara tayar dan udara luar selain menghadkan kotoran luar.
Secara teorinya tayar sesebuah jentera hanya mempunyai cengkaman maksimum pada kadar suhu 80 hingga 100 darjah celcius. Jika suhu lebih rendah atau lebih tinggi daripada suhu optimum, tayar akan tergelincir pada kelajuan tinggi dan menyebabkan seseorang pelumba itu terjatuh. Ini terjadi kerana tayar kurang panas dan tidak berada dalam keadaan yang optimum. Kitaran haba mengurangkan ikatan antara molekul getah dalam tayar menyebabkan tayar cepat 'tua' dan mengurangkan cengkaman.
'Tyre warmer' ini juga digunakan selepas perlumbaan yang mana membantu tayar daripada panas ke sejuk selepas setiap putaran. Alat ini biasanya akan dipasang pada tayar jentera sekurang-kurangnya 90 hingga 120 minit untuk mencapai kecekapan optimum setiap perlumbaan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment