GAMBAR, Pandangan pertama Prima Pramac Racing Team 2023

Pramac Ducati akan memulakan musim baharu mereka bersama Tajaan Prima untuk semusim penuh bersama Jorge Martin dan Johann Zarco

Selepas tiada sebarang tajaan buat pasukan ini sejak 2 tahun lalu, kini syarikat Agensi Insuran, Prima yang telah menaja mereka bermula pertengahan musim lepas akan bersama Pramac buat musim penuh.

Ingat tak dulu, mula-mula dilancarkan, Pasukan ini dipadankan dengan warna biru, dan apabila tiba di Mugello, Prima datang dan warna biru telah bertukar menjadi warna ungu.

Pramac adalah pasukan satellite Utama Ducati apabila mesin yang digunakan mereka amat mirip dan sama dengan pasukan kilang. Pelumba yang ditaruhkan buat musim ini tak lain tak bukan Johann Zarco yang kini berusia 32 tahun telah menamatkan musim lalu di tempat ke 8 secara keseluruhan. Diikuti pula dengan pelumba pemenang, Jorge Martin yang menamatkan musim lepas di tempat ke 9 keseluruhan.

Walaubagaimanapun, peminat masih lagi menunggu bisa daripada Johann Zarco dan amat merindui Backflip sambutan kemenangannya itu. adakah kita dapat saksikan backflip musim ini? kita nantikan

Teruskan Bersama Two Wheels!

























Sumber MotoGP

Comments

Follow Us