GOSSIP, Pecco bakal guna nombor 1 untuk musim 2023

 

Beberapa jam yang lalu, tersebar luas gambar juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia ‘tersalah upload’ di website Ducati.com. Gambar tersebut berada di biodata pelumba mereka sekali dengan Logo Nombor pelumba mereka masing-masing. 

Untuk pecco, mereka meletakkan nama Pecco dengan logo Nombor 1 baharunya. Gambar pecco juga dilihat menggunakan gambar terbaru yang mana gambar tersebut adalah gambar rasmi studio yang bakal dilancarkan petang Isnin ini (23/1/23 jam 5.30pm) bersama livery terbaharu Ducati 2023. 

Pelumba Juara Dunia mereka di WSBK, Alvaro Bautista memberi teka teki kepada peminat di laman sosial peribadinya bahawa, nombor 1 atau 19 yang bakal digunakan oleh beliau musim ini.

Selain itu, dilihat kelibat logo Monster Energy di wearpack Pecco menandakan akan ada kerjasama antara Monster Energy dan Ducati musim ini.

 Namun, bagaimana pula penaja lawannya Redbull yang menaja Enea Bastianini? Adakah kita akan lihat pertukaran penaja untuk beliau? Dengan tertirisnya gambar ini, kita dapat meneka bahawa warna merah masih mewarnai Ducati untuk musim ini, 

Jom kita saksikan pelancaran Livery Ducati 2023 pada Isnin ini jam 5.30pm(23/1/23). Adakah kedua dua pelumba mereka akan menggunakan nombor 1? Kita nantikan.

Comments

Follow Us