Ken Block terkorban dalam kemalangan Snowmobile

 

Tatkala Rali Dakar sedang berlangsung di Arab Saudi, berita yang pasti menggemparkan dunia permotoran hari ini adalah mengenai kematian Ken Block. Ken Block disahkan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan ketika bersiar bersama jetski salji di Park City, Utah.

Ken Block atau nama penuh beliau Kenneth Paul Block merupakan pelumba rali kelahiran Amerika bersama pasukan beliau, Hoonigan Racing Division. Beliau juga merupakan pengasas bersama jenama DC-Shoes serta ikon sukan lasak Amerika.

Untuk rekod, Ken Block juga antara pelumba pro rali yang memperkenalkan Gymkhana secara komersial melalui laman sosial dan sehingga kini sebanyak 10 episod Gymkhana telah dilancarkan serta dua episod terkini menampilkan Travis Pastrana sebagai pemandu.

Ken Block meninggal ketika umur 55 tahun

Snowmobile, sejenis kenderaan salji yang biasa digunakan semasa musim sejuk. 


Comments

Follow Us