Ken Kawauchi kembali bekerjasama dengan Alex Rins dan Joan Mir

Alberto Puig telah mengesahkan bahawa Ken Kawauchi akan menggantikan Takeo Yokoyama sebagai Pengurus Teknikal Honda baharu. Ini bermakna sekali lagi beliau akan bekerjasama dengan Joan Mir dan Alex Rins  

Bos Repsol Honda, Alberto Puig telah mendedahkan bahawa jenama Jepun tersebut telah memburu bekas Pengarah Teknikal Suzuki, Ken Kawauchi untuk meningkatkan usaha mereka untuk musim 2023. Selepas lebih sedekad beliau menjadi tulang belakang jenama Suzuki, Kawauchi kini akan menggantikan Takeo Yokoyama, yang berpindah ke peranan baharu di ibu pejabat kilang Tokyo selepas lima musim sebagai Pengurus Teknikal.

Tambahan pula, semasa bercakap dalam temu bual eksklusif dengan Motorsport, Puig mengesahkan bahawa, akan ramai Ketua Krew yang bakal di ubah ke Joan Mir dan Takaaki Nakagami. Ini bermakna mereka akan bekerja dengan orang yang berbeza berbanding apa yang kita lihat pada Ujian Valencia pada bulan November lalu. 

Mir akan bekerjasama dengan Giacomo Guidotti, Nakagami dengan Klaus Nöhles, manakala Ramon Aurin berpindah ke Pasukan Ujian untuk bekerja bersama Stefan Bradl.

Puig telah mengambil kesempatan daripada penarikan diri Suzuki daripada kejohanan dunia.  Ken akan bertanggungjawab melatih jurutera muda yang kita ada di Jepun, supaya apabila tiba masanya mereka akan bersedia untuk Eropah, baik di peringkat teknikal mahupun keserasian antara pekerja.

Walaubagaimanapun, Takeo tidak akan dipecat oleh Honda, beliau hanya dinaikkan pangkat dan beliau masih bahagian penting dalam HRC. dikhabarkan kedudukan baharunya akan menjadi penentu masa depan syarikat dalam bahagian perlumbaan.  Sementara itu, Kokubu-san masih lagi kekal sebagai pengarah teknikal.

Selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan Kejohanan Dunia 2020 Suzuki dan tujuh kemenangan MotoGP mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, HRC berharap Kawauchi adalah orang yangakan  mengubah nasib mereka dan membantu mereka merangkul gelaran kelas perdana pertama sejak 2019.

Sumber : MotoGP

Comments

Follow Us