Kenali Pelumba 55, Hafizh Syahrin

55 hari lagi menuju MotoGP

BAHAGIAN 1

Kisah permulaan karier Hafizh Syahrin sebelum bersaing di kejuaraan Grand Prix dunia. 

Hafizh dilahirkan pada 5 Mei 1994 dan dibesarkan di Selangor. Beliau memulakan kerjayanya seawal 9 tahun bermula dengan Pocket Bike. Beliau terkenal dengan julukan "King of Pocket Bikes" kerana pencapaiannya yang sangat cemerlang ketika itu.  

Pada tahun 2007 hanya berusia 13 tahun, Hafizh membuat penampilan sulung dalam kejuaraan Cub Prix dengan mendominasi dan menamatkan tahun pertamanya di kedudukan kedua keseluruhan di kelas Piala Yamaha LC135.

Prestasinya cemerlang dan semakin baik apabila pada tahun berikutnya beliau adalah pelumba termuda ketika itu berlumba bersama pasukan Petronas Sprinta Raceline. Beliau berjaya mendapat podium dan sekaligus berada di kedudukan ke-3 keseluruhan dalam Piala Yamaha Givi pada tahun 2008. 

Pada tahun berikutnya Hafizh memulakan musim 2009 dengan memenangi perlumbaan pembukaan musim tersebut di Alor Setar dalam kategori Novice. Dengan 7 kemenangan dari 8 pusingan dan baki adalah penamat podium, dominasi dalam kategori ini tiada tandingannya sehingga beliau memilih untuk mengabaikan dua pusingan terakhir dan beralih untuk bertanding dengan seniornya. Beliau menyertai kategori Expert dan beliau mendapat podium. Hafizh menduduki tempat ketiga dalam Kejuaraan 115cc Underbone Asia Road Racing.

Pada tahun 2010, Hafizh berpindah ke kategori Expert dan pertukarannya bertambah lancar kerana Hafizh benar-benar memecahkan semua halangan dan merobohkan persaingan. Walaupun terdapat perubahan besar dalam peraturan teknikal Cubrix, ( penamaan semula kategori Expert menjadi kategori CP130), perubahan ini sedikit sebanyak menggegarkan sangkar Syahrin.

Pada musim ini yang hampir berakhir di Padang Kota Lama di Pulau Pinang, Hafizh ketika itu hanya berusia 16 tahun itu telah mendominasikan kejohanan apabila muncul sebagai juara CP130 termuda di kejohanan ini. Beliau sekaligus memadamkan rekod lama yang ditetapkan oleh Norizman Ismail sebelum ini yang merupakan juara Expert pada tahun 2005 di umur 20 tahun.

Tahun 2010 juga penting bagi Hafizh ketika beliau melangkah ke kejuaraan yang lebih besar iaitu Petronas Asia 

Road Racing Championship dengan jentera SuperSport 600cc. Walaupun bersaing bersama pelumba yang lebih berpengalaman, pelumba muda itu berusaha sendiri untuk menyelesaikan musim debutnya di tangga ke-12 dari 39 pelumba. Beliau menduduki tempat keempat dalam siri yang sama pada tahun 2011 dan berpindah ke siri Moto2 CEV Sepanyol pada tahun 2012 di tempat keenam.


Pada tahun 2012, Hafizh mengikuti perlumbaan di Sepang sebagai pelumba Wild Card. Walaupun hanya penampilan pertamanya di Kejuaraan Dunia Moto2, beliau berjaya mendahului perlumbaan dari belakang dan akhirnya mendapat ke tempat keempat. Kemudian Hafizh dipromosikan ke tempat ketiga setelah keputusan Anthony West dibatalkan pada bulan November 2013 akibat penggunaan bahan terlarang. Pada tahun 2013, Hafizh membuat beberapa penampilan wildcard lagi dan berjaya mendapat satu mata pada gelanggang tuan rumahnya di Malaysia.

BAHAGIAN 2



Hafizh Syahrin pelumba Asia Tenggara pertama ke kelas MotoGP

Hanya seminggu sebelum ujian pra-musim MotoGP Sepang 2018, Jonas Folger membuat pengumuman yang mengejutkan dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding pada musim 2018 untuk pulih dari masalah kesihatan. Kemudian, ketua pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal mengadakan perbincangan dengan CEO SIC, Razlan Razali dan penaja utama mereka iaitu Yamaha Asia mengenai kemungkinan penggantian Folger dengan Hafizh Syahrin.

Beliau diberikan berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam ujian pra-musim di Litar Buriram. Faktor lain juga disebabkan ramai perlumba dalam senarai sudah mempunyai kontrak dengan pasukan lain termasuk Yonny Hernandez. Syahrin, dengan julukan "El Pescao", membuat persembahan yang mengagumkan pada perlumbaannya yang pertama dengan jentera MotoGP apabila mencatat masa lap yang baik seperti rookie lain yang telah berada di litar lebih lama daripada beliau. Pasukan Monster Yamaha Tech 3 gembira dengan potensinya dan menandatangani Hafizh untuk mengisi tempat duduk Jonas Folger untuk musim 2018.

Pada 2018 Hafizh menunjukkan prestasi yang baik pada musim MotoGP pertamanya Ketika beliau berjuang untuk Rookie of the Year sebelum tewas kepada Franco Morbidelli hanya beberapa mata. Keputusan terbaiknya muncul pada pusingan kedua di Argentina ketika menduduki tempat ke-9 setelah bermula daripada kedudukan 23.

Pada 6 Jun 2018, Tech 3 mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Syahrin untuk musim 2019 dalam era baru untuk pasukan Hervé Poncharal yang akan beralih ke mesin KTM dengan spesifikasi kilang.



Pada 2019 Syahrin sekali lagi bersama Redbull KTM Tech 3 dan kali ini menunggang jentera KTM bersama rakan pasukan baru Miguel Oliveira. Hafizh bergelut untuk menjinakkan jentera KTM dan selepas sembilan perlumbaan, pasukan mengumumkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontraknya dan akan menggantikannya dengan Brad Binder untuk musim 2020. Binder kemudian naik ke pasukan KTM Kilang untuk tahun 2020 berikutan Johann Zarco mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan setelah hanya 1 tahun dalam perjanjian 2 tahun. Ini menyebabkan Syahrin digantikan oleh Iker Lecuona.

BAHAGIAN 3

 

Harapan kebangkitan di kelas Moto2.

Setelah kehilangan tempat di MotoGP, Hafizh kembali ke Moto2 bersama Pasukan Aspar untuk musim 2020. Pada awal musim ini, pandemik Covid19 melanda sedikit sebanyak memberi kesan kepada Hafizh dari segi latihan. Tetapi ini tidak mematahkan semangat beliau apabila mendapat tempat ke 6 di Jerez hanya selepas 2 pusing.

Pada awal musim nampaknya Hafizh ingin Kembali mendapat rentak dengan selalu mendapat pungutan mata tetapi malangnya selepas pusingan ke 5 di Austria, Hafizh sangat malang apabila terlibat dalam kemalangan yang mengerikan. Hafizh melanggar jentera Enea Bastianini yang 'highside' di tengah-tengah litar dan menyebabkan Hafizh tidak cergas untuk menyertai pusingan ke 2 di Stryian GP.

Impak dari kemalangan tersebut Hafizh bergelut untuk membiasakan diri bersama jentera yang baru ingin mengenalinya pada tahun pertama. Beliau amat sukar untuk mendapatkan pungutan mata selepas itu. Pasukan Aspar telah mengumumkan juara dunia Moto3 mereka, Albert Arenas akan naik ke kelas Moto2 dan menggantikan Hafizh. Kedudukan Hafizh belum selesa apabila banyak pasukan telah menandatangani kontrak bersama pelumba.

Hafizh akhirnya mengumumkan akan kekal beraksi di kelas Moto2 bersama pasukan NTS. 

Pada tahun Kedua di kelas pertengahan bersama NTS, Perjalanan Hafizh sekali lagi mencabar apabila perlu beradaptasi dengan jentera baru lagi untuk 5 kali berturut-turut. Tambahan pula jenteranya itu masih lagi kurang matang dan masih dalam pembangunan.

Dengan kekurangan jentera dan pengalaman pasukan, Hafizh sukar untuk mencetak pungutan mata setiap kali perlumbaan. Akhirnya kontrak Hafizh tidak diperpanjangkan atas faktor pergelutan ini. Sedar atas kebolehan jentera yang terbatas, NTS mengambil keputusan untuk menukar jenteranya kepada Kalex dimana kini jentera tersebut adalah dominan disana. Ini sama terjadi pada team Aspar sebelum ini dimana mereka menukar jenteradaripada Speed Up ,(yang kini dikenali sebagai Boscoscuro) kepada Kalex.

BAHAGIAN 4

Perjalanan baru di WSBK


Setelah tidak mendapat tempat di kejuaraan MotoGP, Hafizh mencari tempat persinggahan untuk meneruskan kariernya. Akhirnya Hafizh Mendapat tempat di pasukan MIE Racing Team dengan memacu jentera Honda.

Buat kali ke 6 berturut-turut, beliau perlu beradaptasi sekali lagi bersama jentera baharu iaitu jentera CBR1000 RR. Kejuaraan kali ini lebih berbeza apabila WSBK menggunakan jentera jalanan dan buka prototype sebelum ini.

Hafizh juga bergelut untuk mendapatkan rentak optimum dalam tahun ini atas faktor kurang mendapat sokongan kilang. Tambahan pula Jentera Honda masih belum mampu menunjukkan bisanya di WSBK. Ini terbukti dengan Alvaro Bautista sendiri dimana beliau juga bergelut untuk mendapatkan rentak pada jentera tersebut apabila berpindah daripada jentera pemenang, Ducati. Ini menguatkan lagi bukti ini apabila beliau kembali ke Ducati lalu terus mendapat kemenangan dan sekaligus meraih gelaran juara dunia 2022.

Hafizh dalam satu acara bersama RCB baru-baru ini menyatakan bahawa tahun ini MIE Racing Team menjanjikan pakej yang lebih baik daripada tahun ini dan menjadi penyebab Hafizh terima memperpanjangkan kontrak setahun lagi bersama pasukan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Hafizh telah menggunakan 6 jentera berbeza dalam 6 tahun terakhir (Kalex, Yamaha M1, KTM RC 16, Speed Up, NTS dan Honda CBR 1000 RR). 

Tahun ini beliau tidak keseorangan disana apabila Adam Norrodin beraksi bersama dalam satu pasukan di kelas WorldSSP dengan kerjasama Petronas.

Kami doakan Hafizh semoga berjaya untuk musim 2023 ini.

Comments

Follow Us