Kenali pelumba Nombor 58, Marco Simoncelli

58 Hari lagi menuju MotoGP

Marco Simoncelli lahir pada tanggal 20 Januari 1987 dan berakhir pada 23 Oktober 2011. Beliau juga dikenali sebagai SIC adalah pelumba motosikal profesional Itali. Beliau bersaing di Kejuaraan Dunia MotoGP selama 10 tahun dari 2002 hingga 2011. 

Beliau bermula di kelas 125cc sebelum naik ke kelas 250cc pada tahun 2006. Simoncelli memenangi Kejuaraan Dunia 250cc 2008 bersama Gilera. Setelah empat tahun di kelas pertengahan, beliau melangkah ke kelas MotoGP pada tahun 2010 dan berlumba bersama pasukan Honda Gresini. 

Sepanjang karier beliau dalam MotoGP, Simoncelli tidak lari daripada kontroversi dan drama. Ini kerana ramai pihak yang menyatakan gaya tunggangan beliau amat agresif. Perselisihan antara pelumba seperti Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa menjadi ingatan untuk peminat MotoGP.

Pada tahun 2011 berlaku perselisihan yang amat kuat antara beliau dan Pedrosa di French GP. Pedrosa Ketika itu mengejar gelar juara dunia dan akibat satu pelanggaran, Pedrosa patah tulang bahu dan perlu berehat sekaligus tidak dapat mengikuti beberapa perlumbaan. 

Perlumbaan seterusnya adalah di litar Catalunya iaitu litar tuan rumah kepada Pedrosa. Rata-rata peminat Ketika itu sangat marah kepada Simoncelli dan lagi menambah kemarahan beliau apabila Simoncelli mendapat Pole Position. Simoncelli terpaksa membawa bodyguard ketika itu kerana ada ugutan bunuh terhadapnya.

Simoncelli meninggal dunia dalam kemalangan semasa Grand Prix Malaysia 2011 di Sepang pada 23 Oktober 2011 setelah terbabas dan memasuki Kembali dalam ‘racing line’ litar dan menyebabkan kemalangan daripada pelumba lain. Salah satunya adalah sahabat baik beliau, Valentino Rossi juga terlibat.

Dunia permotoran memang kehilangan satu perlumba yang sangat berbakat, tetapi hingga kinin ama beliau tetap dalam ingatan. Ramai dikalangan dunia permotoran memberi penghormatan kepadanya. 

Antaranya adalah Pada 3 November, Litar Misano mengumumkan rancangan untuk mengubah namanya sebagai penghormatan kepada Simoncelli. Pada Grand Prix terakhir musim 2011 di Valencia, Sepanyol, diadakan upacara penghormatan pada pagi hari perlumbaan untuk menghormati Simoncelli. Turut hadir pelumba dari ketiga-tiga kelas Grand Prix dan Juara Dunia 500cc 1993 Kevin Schwantz yang menunggang jentera Simoncelli.

Pada tahun 2013, ayahnya Paolo Simoncelli mengumumkan penubuhan Sic58 Squadra Corse untuk menghormati Marco. Pasukan ini dibentuk untuk menolong pelumba muda Itali berkembang di peringkat perlumbaan Grand Prix yang lebih rendah. Pasukan ini pada awalnya berlumba dalam siri Moto3 Itali sebelum mara ke Kejuaraan Dunia Junior FIM CEV Moto3 pada tahun 2015 dan kemudian ke Kejuaraan Dunia FIM Moto3 pada tahun 2017 hingga kini.

We miss you Champion!

Teruskan bersama Two Wheels..!

#twowheels #twmedia #MGPM #motogp #simoncelli #sic #RIP #sic58

Comments

Follow Us