Kenali pelumba nombor 59, Sete Gibernau comeback


59 hari lagi menuju MotoGP

Sete Gibernau ketika beliau membuat ‘comeback’ pada 2009 bersama pasukan Angel Nieto memacu jentera Ducati. 

Sete Gibernau nama yang tidak asing lagi dalam dunia MotoGP. Sebelum beliau membuat kemunculan semula, beliau telah bertanding dalam kejuaraan ini selama 10 tahun. 

Kejayaan paling cemerlangnya adalah pada tahun 2003 dan 2004 ketika itu beliau bersaing rapat dengan Valentino Rossi merebut kejuaraan. Sete berada di tempat ke 2 keseluruhan untuk 2 musim ini berturut-turut. 

Tahun 2006 adalah tahun terakhir beliau bertanding dalam kejuaraan MotoGP kerana kemalangan dan beliau mengalami kecederaan yang serius pada pusingan terakhir di Valencia. Ketika itu beliau bersama pasukan Ducati Factory. Ducati akhirnya mengambil Casey Stoner sebagai pengganti Gibernau pada musim 2007. 

Pada 2009 beliau membuat kemunculan semula bersama pasukan Angel Nieto tetapi tidak bertahan lama apabila hanya berhenti berlumba hanya 6 perlumbaan. Dengan nombor 15 sudah diambil oleh Alex De Angelis, Gibernau memilih nombor 59. 

Pada 12 Julai 2009, pasukan Grupo Francisco Hernando mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri dari kejuaraan MotoGP kerana faktor kekangan kewangan dan sekaligus meninggalkan Gibernau tanpa berlumba untuk baki musim 2009. Beliau kemudiannya bersara terus dari berlumba. 

Selepas 10 tahun berlalu, pada 2019, Gibernau membuat kemunculan semula kali ke kedua ketika dia mengumumkan bahawa beliau akan berlumba di kelas baru iaitu MotoE dengan pasukan Pons Racing.

Pada perlumbaan MotoE perdana di Jerman, Gibernau menduduki tempat kesembilan dan pada pusingan kedua di Austria, Gibernau menduduki tempat keenam setelah bersaing dari tangga ke 12. Selepas musim ini, Gibernau tidak dikekalkan untuk musim 2020 dan bersara dari perlumbaan profesional untuk kali ketiga.

Siapa paling ingat aksi beliau ? Teruskan bersama Two Wheels!

#twowheels #twmedia #MGPM #motogp #setegibernau #motogpcountdown

Comments

Follow Us