Kenali pelumba nombor 61, Can Öncü

Can Alexander Öncü atau mesra dipanggil Can Öncü, lahir pada 26 Julai 2003 di Alanya, Turki. 

Masihkah anda ingat, beliau telah mengejutkan dunia MotoGP apabila menjadi juara perlumbaan Valencia GP hanya dengan penampilan pertamanya pada 2018. Setelah perubahan peraturan pada tahun 2018 (iaitu juara dunia Red Bull Rookie Cup dibenarkan mengikuti perlumbaan Moto3 di Grand Prix dunia), beliau menjadi pemenang perlumbaan motosikal Grand Prix termuda ketika itu iaitu hanya berusia 15 tahun, 115 hari. Can Oncu juga pelumba Turki pertama yang memenangi perlumbaan motosikal Grand Prix dunia.

Pada akhir 2018, beliau dimasukkan ke dalam senarai kemasukan sementara untuk musim Moto3 2019 dengan pasukan Red Bull KTM Ajo, walaupun lebih muda daripada syarat umur minimum yang biasa iaitu 16 tahun ketika itu. Tetapi musim 2019 beliau nampaknya bergelut dengan jentera dan tidak mampu menunjukkan prestasi yang dijangkakan.

Beliau mempunyai Saudara kembarnya iaitu Deniz Öncü, juga pelumba motosikal yang tahun lalu berlumba untuk pasukan Red Bull KTM Tech 3 di kelas Moto3. Kini kembar beliau berada di pasukan kilang KTM moto3 untuk musim 2023. 

Kedua-dua saudara ini dibimbing oleh pelumba motosikal juara berbilang dunia Turki, Kenan Sofuoğlu. Tidak seperti kembar biasa, Mereka adalah kembar yang tak seiras dan sangat mudah untuk kita membezakan kedua adik beradik ini kerana faktor fizikal yang berbeza.

Setelah menghabiskan musim 2019 di Moto3 bersama Redbull KTM Ajo, pada tahun 2020 beliau dikontrak untuk berlumba di World Supersport bersama Turkish Racing Team. Ini adalah sebuah usaha baru yang diketuai oleh bekas pelumba Turki Kenan Sofuoğlu dan disokong oleh Pucetti Kawasaki / Orelac Racing. 

Pada tahun 2021, penampilan beliau di sana boleh dikatakan baik apabila mampu meraih podium 3 kali dan berada di kedudukan ke 6 keseluruhan. Tahun 2022, prestasi beliau kembali bangkit apabila menjadi title contender dan berjaya meraih tempat ke 3 keseluruhan dengan membawa 7 podium dan selalu mengumpul mata dalam kumpulan top 10.

Mampukah beliau mencabar kejuaraannye dengan lebih baik musim ini? Kita nantikan.

#twowheels #twmedia #motogp #MGPM #canoncu #oncu61 #motogpcountdown

Comments

Follow Us