Kenali pelumba Nombor 65, Loris Capirossi

65 hari lagi menuju MotoGP

Loris Capirossi salah seorang nama besar dalam perlumbaan Grand Prix Dunia. Ini kerana penyertaannya dalam MotoGP lebih dari 2 dekad iaitu selama 22 tahun. 

Sepanjang kariernya, beliau berjaya mendapat 3 gelar juara dunia, 1 kali tempat ke 2 dan 4 kali menduduki tempat ke 3 keseluruhan kejuaraan. Tetapi gelar juara ini tidak pernah beliau dapat di kelas premier. Tahukah anda beliau pernah turun ke kelas pertengahan (250cc) semula selepas bersaing di kelas premier (500cc)? Jom baca kisah Loris Capirossi. 

Bermula dari kelas 125cc pada tahun 1990, ini adalah tahun pertama kemunculan beliau dan Loris sudah berjaya mendapat gelaran juara dunia sebagai rookie. Pada tahun ke 2 pula prestasinya tidak terhenti apabila beliau berjaya mendapat sekali lagi gelaran. Pada tahun kedua ini beliau memakai jentera bernombor 1. 

Tahun ke 3 nya pula beliau naik ke kelas pertengahan iaitu 250cc yang ketika ini dikenali sebagai Moto2. Tahun pertamanya kurang memberangsangkan apabila hanya berjaya mendapat tempat ke 12 keseluruhan. Tetapi ini tidak mematahkan semangat beliau apabila berjaya memberi prestasi yang cemerlang kembali pada tahun ke 2 dan ke 3 dengan mendapat tempat ke 2 (1993) dan ke 3 (1994) keseluruhan. 

Beliau naik ke kelas 500cc pada tahun berikutnya dan selama 2 tahun. Tahun pertamanya di kelas ini beliau berjaya mendapat 1 podium dan tahun ke 2 berjaya mendapat 2 podium. Loris mendapat tempat ke 6 dan ke 10 keseluruhan dan baginya masih kurang berpuas hati. 

Loris kembali ke kelas 250cc selama 3 tahun dan beliau berjaya mendapat gelar juara dunia pertama di kelas 250cc pada tahun ke 2 beliau kembali ke kelas itu. Tahun terakhir adalah di tempat ke 3. Ini menarik minat pasukan 500cc untuk mendapatkannya kembali ke kelas tersebut. 

Pada tahun 2000, beliau kembali ke kelas premier dan berlumba di kelas tersebut sehingga tamat kariernya iaitu selama 11 tahun. Pada tahun 2001 beliau berjaya mendapat tempat ke 3 di kelas 500cc dan ketika itu beliau bersama Honda memacu jentera NSR500. 


Pada tahun 2003, beliau berpindah ke pasukan Ducati dan kerjasama ini berpanjangan selama 5 tahun. Dalam 5 tahun ini beliau berjaya mendapat tempat ke 3 keseluruhan iaitu pada tahun keempat beliau bersama Ducati (2006). 

Tahun 2008 beliau berpindah ke Suzuki pula dan prestasinya mula kurang cemerlang. Loris biasanya menghabiskan musim beliau di tangga 10 sebelum ini dan mendapat kemenangan. Bersama Suzuki, hanya mendapat 1 podium dan tidak berjaya memenangi perlumbaan. Tahun terakhir beliau di Suzuki, beliau hanya mampu menduduki tangga ke 17 keseluruhan. 

Ketika itu Ramai yang berkata zaman kegemilangan beliau sudah habis dan tiada pasukan yang akan mengrekrut beliau. Tetapi pada tahun terakhir beliau di MotoGP, Loris berpindah ke pasukan Pramac Ducati dan kembali menunggang jentera Ducati. 


Kerjasama beliau hanyalah bertahan selama setahun dan beliau mengumumkan persaraan beliau dalam dunia perlumbaan pada tahun tersebut.

Selepas bersara, nombor perlumbaannya #65, tidak bersara secara rasmi dari kelas MotoGP.  Pada 7 November 2016, selepas beberapa minggu menjelang GP Valencia 2016, MotoGP mengumumkan bahawa nombornya telah bersara dari semua kelas perlumbaan motosikal Grand Prix. Walau bagaimanapun, mungkin merupakan persaraan di kelas MotoGP sahaja. 

Anda mungkin masih lagi dapat melihat kelibat beliau di MotoGP. Ini kerana Loris Capirossi adalah sebahagian daripada pihak pengurusan MotoGP dan beliau adalah MotoGP Safety Officer. Beliau juga aktif mencuba jentera MotoGP terkini jika menerima jemputan contohnya beliau mencuba RSGP terbaharu di acara Aprilia All Star.


Teruskan bersama Two Wheels..!

#twowheels #twmedia #loris #capirossi #loriscapirossi #lc65 #MotoGP #MGPM #motogpcountdown

Comments

Follow Us