Kenali pelumba Nombor 66, Niki Tuuli

66 hari lagi menuju MotoGP

Niki Tuuli, dilahirkan pada 26 Oktober 1995 adalah seorang pelumba dari Finland. 

Pada tahun 2013 dan 2015, beliau bertanding dalam kejohanan Superstock 600 sebelum melangkah ke Supersport World Championship sebagai pelumba sepenuh masa pada tahun 2017. Beliau bersaing sebagai wild card pada 2016 dan berjaya mendapat podium dalam ketiga-tiga perlumbaan yang disertainya.

Pelumba Moto2 Negara, Zulfahmi Khairuddin yang ketika itu bersama pasukan SIC racing team yang kini dikenali sebagai Petronas SRT mengumumkan persaraan daripada Moto2.  Ketika itu, Niki menggantikannya dalam SIC Racing Team untuk menyertai Kejuaraan Dunia di kelas Moto2.

Pada 2020, beliau bersaing dalam kejohanan CEV Moto2 dan MotoGP di kelas MotoE. Beliau berjaya menduduki tempat ke 2 keseluruhan dalam kejohanan CEV dan berjaya menduduki tempat ke 6 keseluruhan dalam kejohanan MotoE.

Pada 2021, beliau kembali ke WSSP bersama pasukan MV Agusta kilang dan berjaya mendapat podium sebanyak 3 kali. Prestasi beliau kembali konsisten di kumpulan tengah dan berjaya mendapat 1 kemenangan pada 2022.

Teruskan bersama Two Wheels!

#Twowheels #twowheelsmedia #twmedia #MGPM #nikki #nikkituuli #nt66

Comments

Follow Us