Kenali pelumba nombor 68, Yonny Hernandez

68 hari lagi menuju MotoGP

Yonny Hernandez, salah seorang pelumba yang berasal dari Colombia. Beliau memulakan kariernya dalam perlumbaan motosikal professional bermula daripada perlumbaan motocross ketika berusia 15 tahun. 

Pada usia tersebut, prestasi beliau sangat cemerlang apabila berjaya memenangi setiap pusingan kejuaraan kebangsaan 85cc sekaligus memenangi kejuaraan pada tahun 2003. Beliau berjaya mengulangi pencapaiannya itu sekali lagi pada tahun 2005. 

Pada tahun 2008, ketika berlumba siri Supermotard Sepanyol, beliau membuat penampilan pertamanya dan memenangi perlumbaan tersebut. Hernandez menduduki tempat keempat keseluruhan dalam kategori Supersport kejuaraan kebangsaan CEV pada tahun 2009 sebelum masuk ke pentas dunia MotoGP pada tahun 2010 di kelas Moto2.  

Beliau berjaya mendapat mata dan dua kali dalam kelompok 10 terbaik. Yonny Hernandez adalah orang Colombia pertama yang bertanding dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Selepas bersaing di Moto2 sehingga tahun 2011, beliau menandatangani kontrak bersama Avintia Racing MotoGP CRT untuk tahun 2012. Walaupun terdapat persembahan yang baik, beliau dan pasukan tetap berpisah. Beliau berpindah ke PBM dengan membawa jentera ART. 

Dengan berbaki 5 pusingan lagi, beliau menukar pasukan bermula dari pusingan Aragón dan sehingga habis musim. Hernandez menunggang Ignite Pramac Racing sebagai pengganti Ben Spies yang cedera. Beliau kekal bersama Pramac untuk tahun 2014 sebagai rakan sepasukan Andrea Iannone dan pada tahun 2015 beliau masih kekal dalam pasukan Itali tersebut sekali lagi ditemani oleh Danilo Petrucci.  

Pada musim 2015, Hernandez bermula dengan baik tetapi pudar hingga akhir. Untuk musim 2016 beliau beralih ke pasukan Aspar dan pada tahun tersebut beliau mengalami tahun yang sukar di kelas perdana.  

Tahun 2017 beliau kembali berpindah ke Moto2 bersama pasukan AGR Team. Namun beliau tidak dapat menghabiskan satu musim tersebut dan mengambil keputusan untuk menarik diri dari musim itu akibat kecewa kerana tidak dapat menujukkan aksi cemerlang dan peningkatan untuk separuh musim pertama. 

Pada 2021, beliau kembali ke lapangan MotoGP dengan bersaing di kelas MotoE

Teruskan bersama Two Wheels!

#twowheels #twmedia #motogp #MGPM #yonnyhernandez #yh68 #68moredays #motogpcountdown

Comments

Follow Us