- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
70 hari lagi menuju MotoGP
Michael Laverty, salah seorang pelumba yang pernah bersaing di kelas MotoGP. Ini adalah gambar beliau bersama jentera PBM, Paul Bird Motorsport yang sekarang dikenali sebagai pasukan VisionTrack Ducati. Pasukan ini adalah pasukan yang bersaing di British Superbike Championship (BSB) yang jika anda ingat, ini adalah pasukan yang pernah membawa Scott Redding Juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut pada 2019. (Ala ada design mata burung hantu tu)ðŸ¤
Berbalik kepada tentang jentera. Nama jentera ini adalah PBM-01. PBM-01 adalah jentera yang dibangunkan sendiri (in house) menggunakan casis yang dikembangkan oleh GPMS. GPMS adalah syarikat yang membuat casis untuk pasukan MotoGP Kenny Roberts dahulu, tetapi jentera ini masih menggunakan enjin Aprilia RSV4. Rakan pasukannya pula Yonny Hernandez menggunakan Aprilia CRT dan spesifikasi enjin pada jenteranya adalah sama dengan PBM. Bermakna ada 2 jentera berbeza dalam satu pasukan.
Namun pembangunan chasis ini tidak bertahan lama apabila tidak mencapai target dan kurang kompetetif. Pada tahun 2015 Michael Laverty pernah berlumba untuk Aprillia sebagai pelumba gantian.
Teruskan bersama Two Wheels!
#twowheels #twmedia #MGPM #motogp #michaellaverty #michaellaverty70 #pbm
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment