Kenali pelumba Nombor 72, Marco Bezzecchi

72 hari lagi menuju MotoGP

Marco Bezzecchi, dilahirkan pada 12 November 1998 di Rimini adalah salah seorang pelumba motosikal dari Itali. Beliau adalah juara CIV Moto3 pada 2015.

Pada musim 2018, beliau adalah salah satu ‘title contender’ yang bersaing rapat dengan Jorge Martin ketika itu. Beliau berjaya menghabiskan musim pada kedudukan ke 3 keseluruhan. 

Pada 2019 beliau berpindah ke kelas Moto2 bersama Redbull KTM Tech 3. Umum mengetahui bahawa jentera KTM Moto2 masih belum lagi sempurna ketika itu dan beliau tidak dapat menjinakkan jentera tersebut sekaligus tidak dapat bersaing di papan atas. Dalam musim ini beliau kerap kali jatuh dan posisi terbaiknya adalah di tempat ke 10. 

Pada musim 2020, tempat kosong di pasukan VR46 memberi ruang dan peluang kepadanya untuk kembali bersinar. Tambahan pula kita sudah mengetahui bahawa pasukan VR46 sememangnya antara pasukan yang kompetetif. Tambah pula dengan memakai jentera Kalex yang kita sedia maklum sudah stabil dari semua aspek. 

Pada musim 2021 Bezzecchi mampu menjadi salah satu ‘title contender’. Beliau hampir menjuarai kejuaraan tersebut tetapi mungkin belum sampai rezekinya.

2022 tahun yang manis buat beliau apabila dinobatkan sebagai Rookie Of The Year di kelas Utama. Beliau naik ke kelas MotoGP pada musim lepas bersama pasukan sifunya iaitu pasukan Valentino Rossi, Mooney VR46 Racing team. Di tahun pertamanya, beliau juga berjaya meraih podium perdananya di Assen.

Mampukah beliau tampil lebih garang musim ini? kita nantikan


Comments

Follow Us