Kenali Pelumba Nombor 73, Alex Marquez


 73 hari lagi menuju MotoGP

Alex Marquez, adik kepada 8 kali juara dunia Marc Marquez salah seorang pelumba berbakat yang tidak dapat disangkal lagi. Ye lah mana tak tumpah kuahnya kalau tak ke nasi kan. Berkat latihan dan motivasi daripada ayahnya, adik beradik Marquez ini sememangnya berbakat dalam dunia permotoran. 

Dulu ramai menyatakan beliau ini dapat mengisi kekosongan di Repsol Honda kerana ‘kabel’ abangnya tetapi tahukah anda beliau adalah juara dunia Moto3 CEV, Moto3 dan Moto2?

Pada tahun pertama beliau beraksi di CEV iaitu pada tahun 2012, alex terus berjaya mendapat juara keseluruhan di kejohanan tersebut. Beliau menyertai 2 kejuaraan sekaligus pada tahun tersebut iaitu MotoGP dan CEV di kelas Moto3. 

Pada tahun 2014, beliau sekali lagi mendapat gelar juara dunia dan apa yang uniknya abangnya juga mendapat gelar juara dunia MotoGP bersama - sama. Selepas itu Alex berpindah ke kelas Moto2 bersama pasukan Marc VDS. 

Selepas 5 tahun berada di kelas Moto2, Alex sekali lagi mendapat gelaran juara dunia pada tahun 2019 dan sekali lagi bersama abangnya juga Marc Marquez bersama-sama menyambut juara MotoGP kali ke 8. 

Pada 2020 Alex Marquez naik ke kelas MotoGP menggantikan Jorge Lorenzo yang bersara. Ramai pihak yang kurang senang dengan perpindahan itu ramai yang menyatakan beliau terlalu awal diletakkan di pasukan kilang Honda. Ada yang menyatakan berkat abangnya dalam pasukan tersebut dan ada juga yang berkata Konspirasi Dorna yang menjaga pelumba Sepanyol menyebabkan Alex dapat masuk ke Repsol Honda. Tambahan pula prestasi beliau tidak memberangsangkan pada awal hingga pertengahan musim yang gagal untuk bersaing di 10 teratas. 

Tetapi beliau tetap fokus dan membuktikan bahawa beliau sememangnya layak dalam pasukan tersebut apabila dibuktikan mendapat podium MotoGP pertamanya Di tempat ke 2 pada perlumbaan di Lemans ketika dalam keadaan litar basah. Ramai juga menyatakan beliau hanyalah bernasib baik kerana cuaca dan keadaan litar. 

Alex sekali lagi membuktikan bahawa beliau sememangnya boleh mengawal jentera Honda tidak kira apa keadaan litar dan membuktikan sekali lagi podium di AragonGP di tempat ke 2 hanya jarak yang sangat dekat dan hampir menang perlumbaan tersebut. 

2 Tahun lalu Alex akan ditempatkan di LCR Honda dan masih mendapat jentera yang sama seperti pasukan kilang. Honda telah menandatangani kontrak bersama Pol Espargaro di Repsol Honda sebelum Alex dapat menunjukkan kemampuannya di atas RC213V.  Namun apa yang terjadi tidak seperti yang diharapkan, Alex terus merudum mungkin atas jentera yang kurang Mantap  

Perjalanan beliau hampir temui titik akhir di arena MotoGP, namun beliau bernasib baik apabila Gresini team mencari pengganti Enea Bastianini lalu mengrekrut beliau sebagai pelumba Gresini untuk musim 2023 memacu jentera Juara Ducati.

Mampukah beliau mengulangi kejayaannya? Kita nantikan

Teruskan bersama Two Wheels!

#twowheels #twmedia #motogp #MGPM #motogpcountdown #alexmarquez #am73 #honda

Comments

Follow Us