- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
76 Hari Lagi Menuju MotoGP
Loris Baz antara pelumba yang tidak asing lagi dalam dunia sukan permotoran 2 roda. Dia memulakan karier profesionalnya di pentas WSBK pada 2012 dan kekal selama 2 tahun disana bersama pasukan Kawasaki.
Pada 2015, dia berhijrah ke pentas MotoGP bersama pasukan Forward Racing dengan menunggang jentera Yamaha. Kemudian dia di rekrut oleh pasukan Avintia Racing dan berkhidmat bersama pasukan tersebut selama 2 tahun sehingga 2018. Pada 2018, dia muncul sekali sahaja bagi menggantikan Pol Espargaro di pasukan KTM ketika Pol cedera pada GP British namun perlumbaan itu dibatalkan akibat keadaan cuaca hujan lebat yang teruk.
Loris juga pernah mencipta ‘rekod’ dimana dia mengalami kemalangan dahsyat semasa sesi latihan bebas di Sepang pada 2016. Impak kemalangan pada kelajuan 300km/j itu mengakibatkan jenteranya hancur tetapi Loris selamat tanpa sebarang kecederaan serius.
Loris kembali ke pentas WSBK p is ada 2019 bersama pasukan Yamaha Ten Kate Racing berlumba sehingga 2020. Selepas itu beliau bersama pasukan GoEleven dengan memacu jentera Ducati V4R. Kerjasama kni hanya berkekalan 1 tahun dan beliau akhirnya ke Pasukan BMW Bonovo Action dengan menunggang jentera M1000RR.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #WSBK #LorisBaz #LB76 #Yamaha #Kawasaki #KTM #MotoGPcountdown
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment