Kenali Pelumba Nombor 80, Hafiq Azmi


80 hari lagi menuju MotoGP

Peminat permotoran Malaysia sudah pasti terbiasa mendengar nama Zulfahmi Khairuddin, Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin kerana bersaing di kejohanan MotoGP. Namun tahukah anda ada seorang lagi pelumba Malaysia yang pernah bersaing dalam satu musim penuh di Moto3 pada tahun 2014? Beliau adalah Amirul Hafiq Azmi atau senang dipanggil Hafiq Azmi Riding School  salah seorang pelumba tempatan yang bersaing di kejuaraan dunia. 

Hafiq bertanding dalam dua musim kejuaraan 125GP New Zealand pada tahun 2011 dan 2012. Beliau memenangi gelaran Grand Prix 125GP New Zealand 2012 dan menduduki tempat ke-3 keseluruhan dalam kejuaraan NZ dengan hanya menyertai kejuaraan tersebut separuh musim. 

Hafiq Azmi ketika bersama pasukan SIC- AJO dengan memacu jentera KTM.

Red Bull Rookies Cup mewakili Malaysia

Untuk rekod, beliau telah bertanding dalam Kejuaraan Dunia Moto3, Piala Red Bull MotoGP Rookies pada tahun 2011 dan 2012 dan CEV Moto3. Pada 2019, beliau bergandingan dengan Azlan Shah dalam pasukan OneXOX TKKR di kejohanan ARRC kelas ASB1000 dengan jentera BMW S1000RR.

Kini beliau fokus memberikan ilmu di Hafiq Azmi Riding School sambil berkongsi pengalamannya kepada orang awam yang ingin memantapkan riding style mereka.

#twowheels #twmedia #tw #hafiqazmi #motogp #motogpcountingdays

Comments

Follow Us