Kenali Pelumba Proton KR3, Shane Byrne


67 hari lagi menuju MotoGP

Shane Byrne juga dikenali sebagai Shakey, lahir pada 10 Disember 1976 di Lambeth, London. Beliau adalah seorang pelumba professional motosikal Britain.  Beliau adalah juara enam kali Kejuaraan Superbike Britain (BSB) pada tahun 2003, 2008, 2012, 2014, 2016 dan 2017. 

Beliau satu-satunya pelumba dalam sejarah BSB yang memenangi enam gelaran. Beliau juga pernah menjadi pemenang perlumbaan di Superbike World Championship WSBK dan pernah menyertai beberapa perlumbaan di MotoGP.  

Pada tahun 2004, beliau bergabung dengan rakan perlumba Britain, Jeremy McWilliams di MotoGP bersama Aprilia walaupun beliau ketinggalan beberapa perlumbaan kerana kecederaan. 

Pada tahun 2005, Beliau menghabiskan banyak perlumbaan untuk pasukan Kenny Roberts dengan jentera KTM sebelum pasukan tersebut terpaksa menarik diri kerana perselisihan dalaman antara casis dan pengeluar enjin. 

Beliau juga pernah berlumba di Malaysia dan Qatar untuk Camel Honda menggantikan Troy Bayliss yang cedera.  Shakey tidak dapat menarik perhatian Honda apabila hanya menduduki tempat ke 14-13 sahaja, dan kemudian digantikan oleh Chris Vermeulen.

Gambar ini adalah ketika beliau bersama pasukan Kenny Robert menunggang jentera Proton KR3 atau dahulunya dikenali sebagai Modenas KR3 yang dipacu oleh mesin KTM. 

Comments

Follow Us