Kenali Title Contender Moto2 2022, Ai Ogura

 

79 hari lagi menuju MotoGP

Ai Ogura, Dilahirkan pada tanggal 26 Januari 2001, salah satu pelumba Grand Prix berasal dari Jepun. 

Pada awal permulaan career, beliau bersaing di kejohanan Red Bull Rookies Cup dan menamatkan kedudukan keseluruhan di tempat ke 11 pada tahun 2011. 

Pada tahun seterusnya, beliau berlumba sebanyak 9 kali daripada 12 perlumbaan di kejohanan CEV Moto3 dan dalam masa yang sama beliau juga bersaing di kejohanan Red Bull Rookies Cup berjaya meraih kedudukan ke 5 keseluruhan. 

Atas pencapaian yang memberangsangkan, beliau diberi peluang untuk bersaing di kejohanan CEV semusim penuh pada tahun berikutnya. Dalam tahun yang sama, beliau terpilih untuk membuat debut untuk pasukan Honda Team Asia untuk Moto3 di kejuaraan dunia atas tiket wildcard dan berjaya mencatatkan 1 mata perdananya di tempat ke 15. 

Pada tahun 2019-2020, beliau terpilih untuk mewakili Honda Team Asia di kejuaraan Dunia MotoGP di kelas Moto3. Tahun pertamanya, beliau meraih tempat ke 10 keseluruhan dengan 109 mata di tahun rookie dengan 1 podium, dan berjaya mendapat tempat ke 3 pada tahun ke 2 di kelas permulaan tersebut. 

Dengan prestasinya yang memberangsangkan, beliau terpilih mewakili Moto2 untuk tahun 2021 untuk pasukan Honda Team Asia dengab memacu jentera Kalex. Pada tahun pertamanya, beliau berjaya meraih 1 podium dan meraih kedudukan ke 8 keseluruhan pada tahun pertama di kelas pertengahan. 

Pencapaian beliau terus meningkat apabila pada tahun ke 2, beliau bersaing rapat dengan Augusto Fernandez untuk merebut tempat pertama dan hanya kalah tipis untuk merangkul juara dunia. 

Paling menjadi ingatan, prestasinya di Sepang apabila beliau sudah selasa berada di tempat ke 2 untuk menambah jurang mata dengan pesaingnya, Augusto Fernandez. Namun sayang beliau jatuh di last lap ketika cuba mengejar Tony Arbolino untuk mendapatkan kemenangan dan terpaksa menamatkan perlumbaan tanpa sebarang Mata. 

Lantaran itu beliau datang ke Valencia dengan sedikit tekanan dan tidak mampu meraih kedudukan yang lebih baik daripada Augusto. 


Kemalangan Ogura ketika beraksi mengejar Arbolino untuk tempat pertama di lap terakhir

Adakah musim ini beliau mampu meraih juara? Kita nantikan. 


Comments

Follow Us